Tuesday 26 September 2017

INSTA FEMES! Biodata Asyalliee a.k.a Syasya Solero

Ha mesti korang tertanya tanya kan siapakah asyallie yang Nina cuba nak ceritakan harini  . Maybe ada sebahagian yang tak kenal . So kat sini Nina nak cuba ingatkan korang siapa Asyalliee ni sebenarnya .

Untuk pengetahuan semua Asyallie ( nama glamour ) sebenarnya ialah Syasya Solero . Mesti korang hairankan kenapa nama Syasya dah ditukar dengan nama Asyalliee ?
Asyalliee ialah nama instagram Syasya dan nama Asyalliee dah kedengaran popular buat masa Sekarang . Jadi rata rata orang lebih memanggil Asyalliee berbanding Syasya Solero

Haa Sekarang dah kenalkan . Nama Syasya Solero tidak asing lagi pada dunia seni Sekarang ni selepas videonya yang pernah diviralkan pada suatu ketika dahulu. Korang ingat tak video apa ? " Macam cantik je , Macam comel je " . Video tersebut telah mendapat views yang banyak di youtube dan menjadi trademark pada ketika itu . Di sini Nina nak perkenalkan Syasya dengan lebih details .


Nama sebenar : Siti Syasya Rosaelmi Binti Ahmad  Tarikh lahir : 26/7/1997
Negeri asal : Kulim , kedah
Anak yang ke : 4 dari 5 beradik



Syasya Solero ialah seorang Freelance Model . Ketinggian Syasya ialah 172cm . Syasya juga meminati artist artist Korea seperti gadis gadis lain di luar sana . Antaranya BTS , EXO dan GG . 





Syasya ialah seorang gadis yang suka bermakeup . Banyak tutorial makeup yang diupload oleh Syasya di akaun youtubenya .  Makeup yang selalu digunakan atau yang paling digemari oleh Syasya ialah Etude House dan Sephora . Ramai yang mengetahui Syasya ialah model makeup bagi peralatan solek yang dijual oleh kakaknya di Instagram .
 


Syasya juga duta bagi produk kecantikan KDolly di online shop Instagram kakaknya . Syasya seorang pengguna tegar yang menggunakan produk tersebut . So gadis gadis kat luar sana tu kalau nak cantik macam Syasya Solero cubalah try produk ni mungkin selepas mengamalkan tiba tiba muka boleh bertukar menjadi muka Syasya Solero *hahahaha* 



Syasya juga adalah artis yang sedang berlakon di dalam rancangan RTM iaitu Secawan Kopi , Sebungkus Roti . Telefilem itu sekarang sedang ditayangkan di televisyen . 





Selain telefilem tersebut Syasya juga sedang berlakon di dalam Filem pendek yang bertajuk Kaki Gebang .

1 comment: