Tuesday 26 September 2017

5 Hijabista Femes Di Instagram

1. Vivy Yusof



Vivy Sofinas Yusof merupakan seorang ibu, isteri, pengasas jenama Duck Scarves dan juga Pengarah Urusan Fashion Valet yang tidak asing lagi dari dunia Instagram. Instagram ikon fesyen ini mempunyai lebih 846,000 followers dan telah memuat naik hampir 7,000 keping gambar dan video. Vivy amat disenangi oleh pengikutnya kerana kapsyen beliau yang lucu dan mencuit hati. Selain itu, gaya fesyen beliau dan telatah comel anak-anaknya sentiasa menjadi tumpuan pengikutnya.

Instagram: @vivyyusof

2. Sahar Foad



Gadis Mesir ini merupakan seorang jurutera dan ikon fesyen hijab. Gaya hijabnya yang bersahaja menjadi ikutan dan inspirasi kepada 224,000 followers nya. Beliau juga telah dilantik menjadi model dan duta kepada sebuah jenama sukan muslimah di Mesir. Laman Instagramnya penuh dengan pengembaraannya ke serata dunia dan juga koleksi menarik “OOTD” beliau.

Instagram: @saharfoad

3. Farah Hanim Razak

Model dan pengacara berbakat ini mencuri tumpuan sejak akhir-akhir ini sejak disunting menjadi wajah baru beberapa jenama hijab terbesar di negara kita. Gadis kelahiran Pahang ini berdarah kacukan rupanya, jadi tidak hairanlah dia sentasa menerima tawaran memperagakan busana Muslimah. Kebanyakkan gambar yang dikongsi bersama 387,000 pengikutnya adalah gambar ketika beliau sedang bekerja dan juga hasil peragaan beliau.
Instagram: @farahanimrazak

4. Ascia Al Faraj

Ascia adalah fashionista dan hijabista yang sangat kami adore! Beliau mula menceburi dunia fesyen apabila melancarkan sebuah blog yang dinamakan The Hybrids bersama suaminya yang juga seorang ikon fesyen di Kuwait. Ibu kepada seorang cahaya mata ini mempunyai lebih dua juta pengikut! Tidak hairanlah pelbagai jenama antarabangsa seperti Coach melantik beliau untuk membantu mempromosikan beg tangan mereka. Ascia juga mempunyai sebuah perniagaan yang menjual barang-barang dan aksessori kanak-kanak dan bayi.
Instagram: @ascia_akf

5. Dina Torkia

Jika berkunjung ke United Kingdom, dan bertanyakan siapakah ikon fesyen hijab yang terkenal di situ, sudah pastinya nama Dina Torkia akan disebut. Wanita kacukan Arab-Inggeris ini juga mempunyai label muslimahnya sendiri yang menjual busana dan hijab yang direka khas olehnya. Sejak melahirkan puteri sulungnya pada tahun lalu, Dina kerap berkongsikan gambar anaknya dan kehidupannya sebagai seorang ibu kepada 1.1 juta pengikutnya.
Instagram: @dinatokio

No comments:

Post a Comment